Thursday, November 25, 2010

Max Power Controller Di Radio Klasik Nasional

Pada pukul 9.30 pagi - 9.45 pagi 24 November 2010 lalu, pertama kali MPC ke udara di Radio KLASIK NASIONAL ( Sebelum ini, hanya di radio-radio negeri sahaja ). Jadi, seluruh negara boleh mendengar perkembangan, berita, dan promosi MPC ini.
Promosi MPC ini bersama Encik Atan Bain. Walaupun hanya 15 min., tetapi cukup padan kupasan dan promosi yang dijalankan. Tahniah di ucapkan. Semoga penjualan MPC ini akan terus meningkat. Dengar rakaman di url berikut :










Friday, November 5, 2010

Lagi Tips Penjimatan Minyak

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.

CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu
sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak
cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu
panas siang hari yang banyak wap sahaja.
Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu
tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol
anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan
mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan)
supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke
dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap
petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.

CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana
lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda
akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.

CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang
tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti
betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima
peratus kerana geseran lebihan.

CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk
meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam
pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.

CARA #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih
jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan
meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,
penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j
(15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi
banyak minyak dibakar.

CARA #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar
menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin
ketika kenderaan tidak bergerak..

CARA #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan
kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan
tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu
menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda
memilikinya.

CARA #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,
perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.

CARA #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan
masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn
memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn
pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh
singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta
lagi.. minyak pun save…

CARA #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana
ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40
peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau
motosikal saja berbanding kereta.

CARA #13

Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk..
atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai
destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10%
apabila menggunakan aircond.

CARA #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh
perlu bijak tekan pedal accelerator dengan
berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa
bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks
dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang
Circuit…

CARA #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk
melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda
akan bertambah geseran dan perlahan dan
menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk
bergerak.

CARA #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak
hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan
utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis
terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi
mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan
minyak daripada manual.

CARA #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa
diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual
- selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk
memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene
tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

CARA #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat
setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk
warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

CARA #19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah
semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga
kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah
kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana
jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan
bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.
Cuma perlukan ruang di belakang kereta anda untuk
letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.
Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran
berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu
dalam lingkungan RM0.635 seliter.
Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer
yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh
dipercayai di forum AutoWorld.

CARA #20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive
income anda…
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu
mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol
kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan
perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable,
maka ia tidak akan menjadi masalah pada masa akan datang
sekiranya harga petrol naik lagi.

by amnan85


Balik Kampung: Tips Pemanduan Jarak Jauh

Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Deepavali dan selepas ini pula iaitu pada 17 November 2010 umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Sudah semestinya warga yang berada di perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut hari perayaan berkenaan.

Seperti sebelumnya, seminggu atau paling tidak sehari sebelum perayaan, warga kota akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung. Pelbagai persiapan dibuat bagi menyambut hari perayaan. Namun begitu, adakah anda akan membuat persiapan untuk perjalanan pulang ke kampung?

Persiapan dan perancangan untuk perjalanan pulang ke kampung amatlah penting. Di sini terdapat beberapa tip persiapan sebelum dan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. 

Sebelum perjalanan :
1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalan raya.

2. Bawalah kereta anda ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta anda. Periksa komponen enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.

3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elekkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja . Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu kosentrasi anda semasa memandu.

4. Elekkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.

5. Elekkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.

6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.


Semasa perjalanan:
1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan  nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.

2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.

3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.

4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasangkan lampu hadapan. Elakkan daripada memandu dengan laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan. 

5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat, hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.

6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memotong. Jangan menghalang kenderaan lain kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar. Patuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan anda tidak disaman.

Jika anda melaksanakan kesemua tip di atas, nescaya risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Usah biarkan keluarga anda menyambut kepulangan kali ini dengan tangisan.



Tuesday, November 2, 2010

Dapatkan Max Power Controller Yang Original

Dapatkan MPC 100% dari Jepun dan bukannya dari China. Kita ambil part jer dari Jepun dan kemudian pasangkan di sini. Maksudnya di sini bukanlah 100% ambil dari Jepun. Namun, ambil bahagian-bahagian tertentu dan pasangkan di Malaysia. Jadi kosnya dapat dikurangkan, seterusnya kita dapat penjimatan dan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Pengguna dinasihatkan berhati-hati dengan produk tiruan seakan akan MPC ini. Jadi sebelum beli pastikan betul-betul produk Max Power Controller. Lihat juga No Siri ( Colour Silver ) atau pelekat aluminium di batangnya.

Yang di bawah ini bukan MPC okey!

Contoh MPC yang original seperti di bawah.

Saya tidak mahu kondem produk - produk penjimatan bahan api yang terdapat di pasaran sekarang ini. Cuma supaya pengguna dapat membezakan MPC yang betul-betul original.



Syarat Pemulangan

Jika ada apa-apa masalah mpc tuan puan, syarat-syarat di bawah hendaklah dipatuhi supaya kami dapat memberi yang baru. Walaupun begitu jarang-jarang sangat terjadi masalah terhadap MPC ini. Ini kerana sebelum dipasarkan, MPC telah diuji dengan baik. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah,

1. Pastik pembalut max power controller mestilah disertakan bersama semasa pemulangan. Jadi selepas buka, plastik hendaklah disimpan baik-baik di dalam kotak.


2. Max Power Controller . Ini alat yang terpenting disertakan.


3. Kotak MPC. Jadi simpan sebaiknya supaya senang untuk mencarinya jika ingin memulangkan.


4. Kad Waranti bertujuan untuk melihat tarikh dan maklumat pembelian.







Kerjasama tuan-puan diharapkan supayan perkara-perkara yang disebutkan ada semasa membuat pemulangan untuk mendapatkan yang baru jika yang lama mempunyai masalah. Terima kasih.



Kotak Luaran Max Power Controller Baru dan Menawan :)

Rasanya lebih 2 minggu syarikat telah mengeluarkan kotak dengan rekebentuk yang baru, smart dan menawan. Walaupun begitu bentuk mpc masih seperti biasa, bersaiz kecil, ringan, dan mudah dibawa. Panjangnya hanya 11 cm sahaja.









Kualiti mikrocip lebih dipertingkatkan untuk kepuasan penggunaannya. Kotak di atas adalah yang terbaru dari pelbagai sudut. Nampak lebih cantik dan smart :)