Saturday, April 9, 2011

Petronas Dagangan Perkenal Primax 95 Xtra Ganti RON 95

KUALA LUMPUR, 10 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95.

Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way".

Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penambahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax.

"Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berteruskan meningkatkan kualiti minyak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Amir Hamzah berkata bahan bakar baru itu boleh diperolehi di lebih 950 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

"Primax 95 Xtra menghasilkan pembakaran yang berkesan dan mengurangkan geseran dalaman bagi menghasilkan fungsi maksimum setiap titisan minyak yang dibakar," katanya.

Pada majlis tersebut, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG iaitu anak syarikat Petronas menderma US$2.5 juta (RM7.55 juta) kepada Persatuan Palang Merah Jepun bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Najib kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia Masahiko Horie.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyaksikan konsert Twin Towers @ Live 2011 sempena majlis pelancaran tersebut.

-- BERNAMA

Friday, April 1, 2011

RON97 Naik 20 sen lagi

Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen – menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
mStar

Kotak Max Power Controller Terbaru

Alat penjimat minyak max power controller kini telah pun mendapat kelulusan SIRIM. Ini bermakna ianya selamat digunakan oleh semua jenis kereta anda. Mulai 1 April juga ada pengguna yang telah mendapat kotak mpc yang baru. Pada kotak ini ada logo SIRIM. Justeru, anda tidak perlu lagi was-was untuk menggunakan mpc ini. Ayuh, dapatkan mpc hari ini juga :)