Tuesday, December 20, 2011

Karnival Car Of The Year (COTY) 2011 di Menara Martrade Jalan Duta






Booth Max Power Controller(MPC) di karnival Car Of The Year (COTY) 2011 di Menara Martrade Jalan Duta pada November yang lalu.

Thursday, October 20, 2011

Antara Testimoni Pelanggan

Antara testimoni pelanggan yang menggunakan mpc ini . Anda yang belum menggunakan mpc..bila lagi?

Saturday, September 3, 2011

Evolusi Max Power Controller







Perbezaan max power controller dulu hingga kini. Promosi harga untuk perayaan , potongan sebanyak 16.7% menjadikan RM199 sahaja. Harga asal RM239. Cepat promosi ini sal hingga 25.9.2011 sahaja.

Tuesday, August 23, 2011

Max Power Controller Kini Berwajah Baru


Kini MPC berwajah baru. Model baru ini lebih canggih daripada yang lama, lebih power dan lebih menjimatkan.
Cubalah!!! Anda pasti kagum dengan kehebatannya. Kotak lebih cantik, tegap dan ekslusif. Dapatkan hari ini untuk penjimatan petrol dan pickup kereta anda. 

Saturday, August 20, 2011

Beli MPC dan Dapatkan Hadiah Menarik Mulai 18 Ogos 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan. Beli MPC dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik pada musim perayaan ini. Cuma beli MPC dan dapatkan resit belian. Resit akan dihantar ke pejabat dan membuat cabutan. Cukup mudah... jom dapatkan mpc hari ini juga. :)

Antara hadiah yang ditawarkan ialah seperti IPAD2, NETBOOK, dan handphone BLACKBERRY .




Monday, August 8, 2011

Harga Minyak Jatuh Kepada RM253.38 Setong

SINGAPURA - Harga minyak mentah jatuh dengan berada di bawah paras AS$84 setong (RM253.38) di Asia semalam selepas agensi kewangan Standard & Poor menurunkan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) daripada tahap cemerlang AAA kepada AA+.

Penurunan penarafan hutang itu menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk permintaan untuk minyak mentah.

Perkembangan tersebut menyebabkan harga minyak global merudum. Para pelabur kini bimbang keputusan Standard & Poor menurunkan nilai kredit AS itu akan turut melemahkan keyakinan pengguna.

Harga minyak mentah terus menurun daripada AS$100 (RM301) setong pada bulan lalu dan hampir AS$115 (RM346) pada Mei lepas.

"Sentimen lemah pelabur menyebabkan harga minyak menjunam diikuti kebimbangan hutang negara yang meningkat di AS dan Eropah," kata firma Barclays Capital dalam laporannya. - AP

MPC berupaya menjimatkan petrol dan menambah kuasa kereta anda

Max power controller menjimatkan petrol 15% - 45% serta menambah 'pickup' kereta anda. MPC boleh dibeli secara online di web http://hebat2u.com atau COD di kawasan Kuantan dan sekitarnya. :)


Monday, July 18, 2011

Hi-Tea Bersama Ahli Lembaga Pengarah RMF Marketing Sdn Bhd

Hi-Tea Bersama Ahli Lembaga Pengarah RMF Marketing Sdn Bhd, pada 17.7.2011 di Hotel Rosa Pasadena, Brinchang, Cameron Highland. Pelbagai pengalaman, masalah, dan pandangan dibincangkan. Perkara yang lebih penting ialah penampilan baru Max Power Controller yang akan menyusul buat masa yang terdekat. Tungguu .. :)

Thursday, June 16, 2011

RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapungkan

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.
Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.
“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi. 
 
Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.
Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.

Monday, June 6, 2011

Harga minyak patut lebih rendah

KUALA LUMPUR 6 Jun – Harga minyak mentah dunia yang kini diniagakan lebih AS$100 (RM300) setong, sepatutnya kekal pada paras antara AS$75 (RM225) hingga AS$80 (RM240) setong kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Katanya, paras harga itu adalah bersesuaian dengan asas atau dasaran pasaran dan suasana kos semasa.

‘‘Harga memainkan peranan yang penting dalam keputusan pembahagian sumber oleh pengguna dan pengeluar.

‘‘Oleh itu, apabila harga pasaran semasa hanya dipengaruhi oleh langkah yang diambil oleh bank-bank pusat dan spekulator kewangan, ia adalah membimbangkan,’’ katanya semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-16 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala.

Tambah Shamsul, harga penanda aras minyak mentah utama telah meningkat melebihi AS$25 (RM75) setong dalam tempoh hanya sebulan berikutan bekalan dan permintaannya yang lebih ketat.

‘‘Peningkatan harga pasaran semasa ketika ini adalah disebabkan oleh kebimbangan gangguan bekalan yang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara.

‘‘Selain itu, kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) juga memburukkan keadaan dan menyebabkan harga terus melonjak,’’ katanya

Shamsul berkata, kapasiti simpanan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah menurun di bawah paras empat juta tong sehari.

Manakala, paras inventori minyak mentah dan produk petroleum turut menurun daripada kedudukan tertinggi.

‘‘Harga yang tinggi beserta dengan pemulihan permintaan menyaksikan perbelanjaan modal (capex) industri akan terus meningkat pada tahun ini kepada AS$410 bilion (RM1.23 trilion) berbanding AS$380 bilion (RM1.14 trilion) pada tahun lalu,’’ jelasnya.

Sementara itu, permintaan minyak mentah di pasaran Asia, dijangka meningkat melebihi 60 peratus dengan unjuran penggunaan melebihi 250 bilion tong menjelang 2030 iaitu enam kali melebihi simpanan semasa sebanyak 40 bilion tong.

Shamsul menambah, penilaian geologi menunjukkan sumber minyak yang masih belum ditemui adalah lebih kurang 50 bilion tong dengan majoritinya terletak di medan bersaiz kecil dan sederhana.

Thursday, May 26, 2011

Harga RON95 Kekal

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG buat masa ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.
Keputusan itu juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum sehingga 30 sen seperti tersebar dalam laman blog dan Facebook.

Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan tempoh masa pengekalan harga produk petroleum berkenaan dan kerajaan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Selepas mendengar pandangan semua pihak, harga akan dikekalkan kerana bagi kita ini adalah permohonan dan pandangan rakyat. Beliau tidak boleh beri kepastian sampai bila harga ini akan dikekalkan, kalau harga minyak dunia terus meningkat, kita akan lihat bagaimana (keadaannya).
Harga RON95 kini RM1.90 seliter manakala RON97 adalah RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Baru-baru ini ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah subsidi ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.

Ismail Sabri juga meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum. Katanya percayalah kepada kerajaan hari ini yang mendengar pandangan rakyat. Sebelum sesuatu keputusan diambil, kerajaan mengambil kira pandangan semua sudut, jadi apa yang kita buat jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat.

Beliau berkata, keputusan mengekalkan harga produk petroleum itu juga tidak menggambarkan bahawa pilihan raya semakin hampir. Katanya terlalu banyak spekulasi tersebar tapi keputusan ini tiada kaitan dengan pilihan raya.


Saturday, May 21, 2011

Beban rakyat diambil kira sebelum pelarasan harga petrol

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk beban kepada rakyat sebelum melakukan sebarang keputusan berhubung pelarasan harga petrol termasuk RON 95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pelarasan itu akan ditentukan pada hujung bulan ini atau awal Jun dan setakat ini kerajaan tidak boleh menentukan sama ada harga RON 95 akan kekal atau sebaliknya.

“Pada tahun lepas tanggungan subsidi minyak adalah RM8 bilion. Tahun ini jika harga minyak AS$100 setong, jika keadaannya tidak turun atau naik lagi, kita jangka tanggungan kita mencecah RM18 bilion iaitu RM10 bilion lebih tinggi daripada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, rakyat tidak boleh berharap supaya harga petrol serta barangan akan kekal sepanjang masa.-kosmo

Kenaikan Harga RON95: Rakyat Diminta Tunggu Pengumuman Kerajaan

BERA, 21 Mei -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak, yang akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berkata rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat.

"Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan kita buat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan apa-apa harga.

"Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Ismail Sabri juga meminta pihak berkenaan agar menghentikan semua pembohongan dan spekulasi berhubung kenaikan harga minyak kerana ia jelas bermotifkan politik.

Beliau berkata perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas pukul 12 malam tadi, dan ia mencetuskan kekecohan di kalangan orang ramai.

"Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dan sebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak.

"Kita masih tengok dari segi pro dan kontra, namun saya tidak boleh beri jaminan bahawa harga minyak akan kekal selamanya, kerana bukan kuasa saya untuk beri jaminan seperti itu," katanya.

Friday, May 20, 2011

Harga Baru RON95 Awal Bulan Depan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.

Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.

Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.

"Kajian semula untuk harga petrol RON 95 dibuat pada Disember tahun lepas. Jadi semakan terbaru akan dilakukan hujung bulan ini atau awal Jun," jelasnya.

Ismail Sabri berkata, semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.

"Kita mesti lihat perkembangan yang berlaku di dunia pada ketika ini. Harga barang tidak akan kekal sepanjang masa," katanya.

Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama pasar raya, syarikat minyak dan persatuan hotel untuk membantu sektor koperasi memperluaskan pasaran produk keluaran mereka.

Katanya, pemasaran produk keluaran 35 buah koperasi terpilih dapat meningkatkan lagi peratusan penyenaraian tetap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.

Beliau turut berharap pihak hotel dan syarikat minyak mengecualikan caj penyenaraian tetap kepada PKS untuk disenarai tetap di premis masing-masing.

"Bersesuaian dengan program itu, kementerian mensasarkan sumbangan koperasi terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara akan dapat ditingkatkan kepada RM10 bilion menjelang 2013," katanya.

Untuk merealisasikan sasaran itu, beliau berkata Malaysia akan menjalin kerjasama dengan koperasi di Singapura bulan depan selain menggalakkan koperasi kecil bergabung untuk menjalankan perniagaan berskala besar.

Tuesday, May 17, 2011

Adakah RON95 Naik Lagi?

IPOH, 17 Mei -- Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

Thursday, May 5, 2011

RON97 Naik 20 sen lagi menjadikan harga baru RM2.90

Pada 5 Mei lalu, petrol RON 97 telah  dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Menjadikan kenaikan ini merupakan yang ke tujuh pada tahun 2011.


Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.




Saturday, April 9, 2011

Petronas Dagangan Perkenal Primax 95 Xtra Ganti RON 95

KUALA LUMPUR, 10 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95.

Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way".

Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penambahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax.

"Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berteruskan meningkatkan kualiti minyak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Amir Hamzah berkata bahan bakar baru itu boleh diperolehi di lebih 950 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

"Primax 95 Xtra menghasilkan pembakaran yang berkesan dan mengurangkan geseran dalaman bagi menghasilkan fungsi maksimum setiap titisan minyak yang dibakar," katanya.

Pada majlis tersebut, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG iaitu anak syarikat Petronas menderma US$2.5 juta (RM7.55 juta) kepada Persatuan Palang Merah Jepun bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Najib kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia Masahiko Horie.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyaksikan konsert Twin Towers @ Live 2011 sempena majlis pelancaran tersebut.

-- BERNAMA

Friday, April 1, 2011

RON97 Naik 20 sen lagi

Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen – menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
mStar

Kotak Max Power Controller Terbaru

Alat penjimat minyak max power controller kini telah pun mendapat kelulusan SIRIM. Ini bermakna ianya selamat digunakan oleh semua jenis kereta anda. Mulai 1 April juga ada pengguna yang telah mendapat kotak mpc yang baru. Pada kotak ini ada logo SIRIM. Justeru, anda tidak perlu lagi was-was untuk menggunakan mpc ini. Ayuh, dapatkan mpc hari ini juga :)



Wednesday, March 23, 2011

Senarai Negara Harga Minyak Petrol Paling Murah Di Dunia

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.


9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?


8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.


7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.


6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.


5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.


4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.


3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi


2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.


1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.


Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia
# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels
P/S : Saya mencari juga di mana kedudukan sebenar bagi harga petrol Malaysia untuk dibandingkan dnegan negara pengesport minyak yang lain. Tetapi tidak mengapa, kerana saya masih bersyukur kerana harga petrol di Malaysia masih lagi termurah di dunia termasuk juga lebih murah daripada Thailand dan juga Singapura.[/left]

sumber info dari:beritasemasa

Friday, March 11, 2011

Adakah Harga Minyak Akan Naik Lagi?

10 Mac 2011


HARGA MINYAK AKAN NAIK DALAM MASA TERDEKAT?

K'jaan Ambil Langkah Untuk Pastikan Kenaikan Harga Minyak Tak Jejaskan Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.

Perdana Menteri menegaskan, langkah berkenaan akan diambil jika harga minyak terus meningkat di atas paras kritikal dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

"Pelaburan sektor swasta telah turun sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Najib, kerajaan komited dengan program rasionalisasi subsidi tetapi ia akan dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.

Peningkatan berterusan inflasi, menurut beliau akan terus memberi kesan terhadap para pengguna.beliau bagaimanapun menegaskan, defisit kerajaan bergantung kepada jumlah perolehan kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.

Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan subsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol.

Wednesday, March 9, 2011

Banglo Untuk Dijual

Sebagai selingan produk mpc ini, saya mau iklankan banglo untuk dijual.


Banglo Untuk Dijual
Di Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah.
Terbuka Untuk Bumiputra
Harga : RM1.5 juta
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Kelulusan SIRIM

Sukacita dimaklumkan MPC telah mendapat kelulusan sah dr SIRIM QAS INTERNASIONAL . Ini bermakna, MPC selamat digunakan kepada semua jenis kenderaan. Tidak lama lagi, MPC yang dibeli mempunyai cop SIRIM.

Tuesday, February 1, 2011

RON97 – Naik Lagi 10 sen. Kenaikan Untuk 4 Bulan Berturut.

Fakta menarik ! :) "Naik lagi. Setiap bulan untuk 4 bulan yang berturut semenjak November 2010.
2 Nov 2010 – naik 15 sen
1 Dis 2010 – naik 15 sen
4 Jan 2011 – naik 10 sen
1 Feb 2011 – naik 10 sen
Jom gunakan max power controller untuk penjimatan maksimum.

Friday, January 28, 2011

Bukti MPC Dipos Ke Seluruh Negara dan Luar Negara Dengan Pos Laju

Contoh-contoh resit daripada Pos laju menunjukkan mpc telah diposkan ke seluruh negara ( Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak ).






Selain itu, admin hebat2u juga telah mengepos produk Max Power Controller ini ke luar negara.  Contoh di bawah adalah ke negara Singapura.



Perkhidmatan Pos laju dalam negara adalah Percuma , manakala bayaran untuk ke luar negara adalah tanggungan pembeli.


Friday, January 21, 2011

Kotak Terbaru MPC 2011

Kotak dan alatan MPC terbaru akhir 2010 dan 2011.





Kesan Kenaikan Harga Minyak

Wawancara bersama Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin yang disiarkan oleh Sinar Harian 5.01.11.  



Saturday, January 8, 2011

RON 97 Naik 10 sen Berkuatkuasa 5 Januari 2011

Kenaikan harga minyak ron 97 sebanyak 10 sen ,  berkuatkuasa 12 am, 5 Januari 2011!! ( pengurangan subsidi sebanyak 10 sen ).
Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.90 seliter. <kekal>
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.30 seliter. Naik 10 sen < harga baru RM 2.40 >
Harga lama – Diesel – <Harga seliter rm1.80> Kekal
Harga lama- Minyak tanah – <Harga seliter rm2.40> Naik 10 sen <harga baru rm2.50>
Kemungkinan besar, ron 95 juga akan naik? Mungkin esok atau 2-3 hari lagi. So, get prepare.

Mudarat Kesihatan Jika Menghidupkan Aircond sebaik menaiki kereta



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila. 

Oleh :  MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK