Tuesday, October 19, 2010

Alat Penjimat Minyak Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pemilik Kenderaan



Harga petrol yang semakin meningkat sejak 10 tahun lalu dan sehingga ke tahun 2010 ini mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api yang paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi pengguna memerhatikan kadar penggunaan petrol kereta mereka bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan petrol yang lebih daripada yang sepatutnya akan mengakibatkan enjin kereta anda bakal mengalami kerosakan. 

Max Power Controller (MPC) sejenis alat berteknologi tinggi dari Jepun bukan hanya dapat menjimatkan minyak atau bahan bakar kereta sebaliknya ia juga dapat mengurangkan tekanan terhadap enjin kereta sekaligus ia dapat mengurangkan kerosakan pada enjin dan menjadi alat penjagaan kenderaan yang terbaik dan serba boleh. 

Sejak mula memasuki pasaran tempatan, jualan MPC sudah meningkat melebihi 35,000 unit dalam tempoh yang singkat dan ia semakin meningkat dari masa ke semasa disokong dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna selepas menggunakan dan mengalami sendiri keajaiban teknologi dari produk ini.

Dalam menjimatkan bahan api, dengan penggunaan produk MPC ini, ianya jauh berbeza berbanding alat penjimatan bahan api lain memandangkan ia dibangunkan dengan teknologi terkini dari Jepun sehingga berupaya meningkatkan prestasi kuasa enjin kereta dalam masa yang singkat hanya dalam masa tiga saat selepas dipasang.

Antara kelebihan MPC adalah ia mampu menjimatkan bahan api sehingga 45 peratus, melindungi sistem elektronik kereta, meningkatkan kelajuan, menambah pick-up, mengurangkan tekanan terhadap enjin, menstabilkan arus elektrik, mempercepatkan kesejukan penghawa dingin dan melembutkan penukaran gear. 

ia juga berfungsi meningkatkan lagi kejelasan cahaya lampu hadapan, memberikan kejelasan bunyi pada sistem audio dan memanjangkan hayat bateri, alternator dan plug. Produk ini telah diuji selama enam bulan sebelum dipasarkan di negara ini dan hasilnya sangan mengagumkan.

Pengarah Urusannya, Shaharizal Ariffin berkata, syarikat RMF Marketing Sdn. Bhd. menerima tempahan dari pengedar di seluruh negeri melebihi 3,000 unit sebulan dan syarikat akan terus memperhebatkan jualan sama ada di akhbar, internet, dan juga radio. Beliau berkata lagi, MPC juga sudah berjaya dieksport ke beberapa negara luar di antaranya India, Afrika, Tunesia, dan juga Mesir.

"Kilangnya yang kini beroperasi di Kulim, Kedah mampu mengeluarkan lebih 30,000 unit produk sebulan dan pihaknya kini menghadkan pengeluaran kira-kira 10,000 unit sebulan bagi menjamin kualiti dan mutu produk"

Pihaknya juga memberikan jaminan pulangan wang sehingga 100% dan juga jaminan produk selama satu tahun kepada semua pelanggan MPC mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

MPC boleh diperoleh pada harga yang mampu milik iaitu sekitar RM199 seunit dari semua stokis dan pengedar sah RMF Marketing Sdn. Bhd. di seluruh negeri atau mereka boleh melayari website syarikat di www.rmfpower.com untuk mendapatkanb maklumat lanjut tentang produk ini, ataupun boleh menghubungi terus di talian hotline 1-700-800-163 atau 013 333 0401.

                                                                                                      ( Utusan Malaysia, 19 Oktober 2010 )



0 comments:

Post a Comment