Thursday, October 21, 2010

Tips Penjimatan Minyak

Petrol anda akan lebih jimat dengan mengikuti 10 langkah mudah ini!

1. Hindari kelajuan.
Bila kenderaan anda berada dalam kelajuan yang tinggi, aerodinamik kenderaan anda akan bertambah dengan cepat. Memandu dalam kelajuan 80 km/j - 100km/j akan mengurangkan penggunaan petrol.

2. Jangan memecut atau brek secara tiba-tiba.
Dengan memecut dan membrek dalam keadaan perlahan-lahan, penjimatan minyak akan naik sebanyak 10%.

3. Pastikan angin tayar anda cukup.
Pastikan tekanan angin tayar anda berada di dalam keadaan secukupnya, sebiji tayar yang tidak cukup tekanan sebanyak 2PSI, akan menyebabkan penggunaan minyak berlebihan sebanyak 1%).

4. Gunakan penghawa dingin jika perlu.
Apabila penghawa dingin digunakan, ia akan memberi bebanan lebihan kepada enjin anda dan memaksa bahanapi digunakan secara banyak (lebih kurang 20%).

5. Pastikan tingkap ditutup
Apabila memandu di lebuhraya, pastikan tingkap ditutup. Ini adalah kerana apabila tingkap dibuka ia akan menyebabkan terdapat halangan angin dan menyebabkan penggunaan bahanapi akan naik sehingga 10%.

6. Membuat penyelenggaraan berkala
Penyelenggaraan berkala akan mengelakkan dari penggunaan api yang belebihan apabila penapis angin, palam pencucuh, minyak hitam ditukar ganti dengan yang baru.).

7. Kelajuan sekata
Pastikan kelajuan kenderaan anda sekata apabila membuat perjalanan jauh.

8. Hindarkan bebanan kereta
Pastikan anda membawa apa yang perlu sahaja bila membuat perjalanan jauh.

9. Hindarkan kereta berada dalam keadaan senyap terlalu lama
Jika anda kenderaan anda berhenti terlalu lama, matikan suis enjin, ini adalah lebih baik jika anda biarkan ianya berhenti terlalu lama.

10. Jangan panaskan enjin anda.
Pandu kenderaan anda selepas 30 saat ianya di hidupkan, dan pandu dalam kelajuan yang rendah. Dengan cara ini, enjin akan panas dengan lebih cepat. 

0 comments:

Post a Comment