Saturday, October 30, 2010

Sistem dan Fungsi Brek Kenderaan



Sudah semestinya kemalangan akan berlaku sekiranya sistem brek sesebuah kenderaan tidak baik. Ini juga akan menyukarkan proses untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan tersebut.

Justeru, apabila pedal brek dipijak atau ditekan, brek akan berfungsi dan bendalir di dalam 'resorvoir master sylinder' atau takungan silinder utama yang disalurkan melalui sistem paip akan menekan ke empat-empat tayar kenderaan tersebut.

Cakera brek yang dikepit oleh brek pad atau brek drum oleh brek ped atau drum yang mengembang semasa pedal ditekan, adalah dua sistem brek efektif yang masih digunakan sekarang. ABS ( Antilock Brake System ) adalah teknologi terkini yang merupakan satu sistem brek yang terkawal.

ABS digunakan untuk sistem cakera brek dan mempunyai sensor yang berfungsi untuk mengesan pusingan tayar serta mengawal brek supaya tidak terhenti secara mengejut dan tekanan bendalirseimbang pada keempat-empat tayar semasa kenderaan atau diperlahankan.

Selain sistem brek yang menggunakan sistem bendalir, ada juga yang menggunakan kabel yang ditarik semasa meletakkan kenderaan atau berhenti di tempat yang curam. Kebiasaannya adalah untuk tayar belakang.

Cara-cara untuk mengetahui kerosakan dalam sistem brek. Untuk mengesan kerosakan dalam sistem brek sebelum memandu, pastikan :-

1. Takungan selinder utama hendaklah diperiksa untuk memastikan tahap bendalir dalam takungan maks ( maksimum ) atau min ( minimum ) yang terdapat di takungan tersebut. Jika bendalir di bawah tahap minimum, berkemungkinan kehausan brek pad atau brek 'shoes' , menipis.

2. Jika tahap bendalir di dalam takungan silinder utama di bawah tahap minimum, periksa pedal brek untuk kebasahan. Sekiranya terdapat kebasahan, ini bermakna silinder utama telah bocor.

3. Kebocoran yang kerap berlaku ialah 'wheel cylinder' yang terdapat pada keempat-empat tayar haruslah diperiksa pada rim tayar.

4. Tekanan yang sedikit pada pedal menghasilkan tekanan yang tinggi pada sistem paip. Cat kenderaan akan mengelupas kerana bendalir brek yang digunakan dan ini juga menunjukkan kebocoran sistem paip.

5. Salah satu sistem yang membantu mengurangkan tekanan pedal brek adalah servo. Pedal brek hendaklah ditekan sebelum enjin dihidupkan demi memastikan servo berada dalam keadaan baik. Anda akan merasa keras sewaktu menekan pedal brek tersebut, hidupkan kenderaan anda. Jika brek turun dengan perlahan-lahan, ini bermakna sistem vakum di dalam servo berfungsi dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, ini berkemungkinan paip vakum tersumbat atau servo bermasalah.

6. Panel amaran hendaklah selalu diperhatikan, sekiranya terdapat tanda amaran ABS atau tanda P atau tanda ( ! ) untuk sistem brek anda, ini bermakna anda perlu berjaga-jaga dalam memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.

0 comments:

Post a Comment