Thursday, October 14, 2010

Soalan-Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Tentang MPC

SOALAN-SOALAN LAZIM

S : Bagaimanakah MPC berfungsi
J : MPC berfungsi sebagai penstabil voltan (voltage stabilizer) supaya sistem elektrik dan elektronik kenderaan dapat berfungsi dengan cekap dan lancar dengan menggunakan kuasa yang minima. (memanjangkan jangka hayat bateri, spark plug, air-cond). Disamping itu MPC juga bertindak sebagai bateri kedua.

S : Mengapa MPC tiada cop SIRIM
J : Pihak SIRIM sendiri mengatakan tidak perlu kerana MPC hanya menumpang kuasa daripada bateri, tidak menggunakan kuasa yang besar dan dikategorikan sebagai aksesori kereta.

S : Adakah mendapat kelulusan JPJ?
J : Kelulusan JPJ tidak diperlukan kerana tidak ada langsung dibuat pengubahsuaian samada pada injin ataupun sistem pendawaian kereta.

S : Adakah produk ini selamat digunakan
J : Sebelum mendapat kelulusan impot MPC telah menjalani pelbagai ujian dan pemeriksaan yang rapi. Ujian penggunaannya telah dijalankan selama 6 bulan di Malaysia. Di Jepun MPC telah digunakan melebihi 5 tahun (telah lulus piawaian yang ketat di Jepun). Sehingga hari ini belum ada kes kerosakan kereta yang melibatkan MPC. Pihak syarikat telah memberikan jaminan wang dikembalikan (1 minggu), alat yang rosak akan diganti (1 tahun) dan menanggung kos pembaikan kereta jika disebabkan oleh MPC (1 tahun).

1. Apa itu MPC?
- MPC adalah satu produk elektronik yang direka menggunakan teknologi daripada negara JEPUN. Ianya meliputi 2 sistem utama iaitu sistem pemantap voltan (vss) dan sistem pengurangan gangguan (irs).
-----------------------------------------------
2. Apakah kelebihan yang boleh didapati selepas MPC dipasang?
- Pengstabilan Voltan MPC akan membantu kereta anda akan berada dalam keadaan optimun. Sistem Pengstabilan Voltan (VSS) MPC direka cipta untuk melindungi semua litar dan kelengkapan elektronik dalam kereta anda, supaya ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. Apabila kereta memerlukan tenaga yang lebih seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman udara, lampu, audio dan sebagainya. MPC berfungsi untuk menggelakkan bekalan kuasa voltan menjadi lemah secara tiba-tiba ini kerana ia berupaya untuk menyimpan dan membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang sesuai dengan itu ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik beroperasi dengan lancar dan teratur sistem pengurangan gangguan pula iaitu IRS berfungsi mengurangkan gangguan gelombang (wave) yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada terganggu dan berlakunya kerosakkan.
-----------------------------------------------
3. Bagaimana MPC dipasang?
- Cara pemasangan MPC semudah 123 ia akan berfungsi serta-merta selepas ianya dipasang pada soket pencucuh rokok.
-----------------------------------------------
4. Berapa lama jangka hayat MPC?
- Biasanya purata jangka hayat produk elektronik adalah 5 tahun, begitu juga ramalan jangka hayat MPC namun jika anda menggunakan dengan cara yang betul ianya dapat bertahan kira-kira 10 tahun.
-----------------------------------------------
5. Bagaimana pengguna tahu MPC tidak berfungsi lagi?
- Secara teorinya MPC akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ianya rosak. Jika LED masih menyala bererti ianya masih berfungsi. Jika lampu LED terpadam bererti MPC mempunyai masalah, walau bagaimanapun kami menasihatkan anda agar dapat memulangkan kepada pihak syarikat untuk pemeriksaan jika ia masih dalam waranti syarikat akan menggantikan dengan MPC yang baru secara PERCUMA.
-----------------------------------------------
6. Adakah kereta akan rosak jika MPC tidak digunakan buat seketika dan kemudian digunakan semula?
- TIDAK, sebab ketika anda berhenti menggunakan MPC kereta akan beroperasi seperti keadaan biasa semula selagi anda menggunakannya pengguna pasti akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh MPC.
-----------------------------------------------
7. Adakah MPC selamat digunakan?
- Ya, ia amat selamat digunakan sebab daya gerak MPC disalurkan oleh arus elektrik terus (DC) bateri kereta yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang magnetik ia hanya akan memudaratkan badan manusia apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan elektronik rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik eletrik selain itu pemasangan MPC tidak perlu pengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta.
-----------------------------------------------
8. Bagaimana MPC menjimatkan petrol?
- Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta dan kestabilan arus elektrik. Penyalaan ini pula dipengaruhi oleh kuasa voltan palam pencucuh jikalau voltan yang disalurkan tidak mencukupi pembakaran tidak berapa sempurna dan mengakibatkan pembaziran petrol begitu juga dengan kestabilan arus elektrik sekiranya arus elektrik tidak mencukupi enjin kereta terpaksa bergerak dengan lebih pantas bagi menampung tenaga yang diperlukan olek kereta anda disini akan berlaku penggunaan petrol yang banyak.
-----------------------------------------------
9. Adakah MPC akan menningkatkan jangka hayat bateri kereta?
- YA. MPC boleh menyimpan dan menyalurkan tenaga daripada bateri kereta anda. MPC membantu menyalurkan tenaga dengan lebih stabil apabila tenaga diperlukan maksudnya penyaluran lebihan arus tidak akan berlaku. 

0 comments:

Post a Comment